Wednesday, October 14, 2009

Hari ini dalam sejarah

nama pun sejarah..maka ianya bukan berlaku hari ni tapi semalam atau kemaqin bak kata oqang utaqa.

tak pernah2 dalam sejarah..aku tertinggal teman yang paling rapat dengan ku selama lebih dua bulan ni.. aku lebih rela tertinggal henpon daripada tertinggal teman rapatku ini....uwaaaa..

dah la kelam kabut nak balik umah, meredah jem yang menggila kat depan opis ku ini (nak kuar simpang opis pun amik masa 10 minit) tup2 baru ku sedar ketiadaan teman rapatku disampingku...gelabah aku...nak tak nak aku mesti patah balik...habis segala doa aku baca supaya dipermudahkan perjalanan pulangku ke pejabat.

akhirnya temanku berada semula disampingku...duhai bpku ...bukan boipren ya..tapi breastpump...hehehe..yeayyyy..

dengan adanya bpku dapatlah aku meneruskan xtvt pengeluaran tenusu sambil memandu...pak polisi..jangan tangkap saya ya...saya terpaksa mengepam sambil memandu demi setitis susu tuk anak kecilku..

dan dalam sejarah juga...semalam aku berjaya mendapat 3.5oz dalam satu sesi pengepaman (semasa memandu)..selama ni nak dapat 2oz pun sakit.. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah..rupa2nya dalam kegelabahanku..Engkau kurniakan rezeki yang lebih untuk anak ku.
ni gamba yang bersejarah tu



No comments:

Post a Comment